~ Iskandar's Picture Piece ~

By: izad iskandar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 5-May-2007 20:01 Email | Share | Bookmark
Celebrating the life of a wonderful cat : MANJA. Rest in Peace.

Manja looking nice n proper
sleeping beside the fireplace
sitting around looking pretty
hahaha, i'll miss her.
her mouth, her tummy.. and blood
in the hole.. waiting to be burried
those who came. talking about her
she's in there...
her paw still soaked with blood.
lutfi covering her up... be brave
loooking as she was burried.
her kubur.. with bunga, pokok n a tombstone
fairuz, me, Din, lutfi n anep.. braving her death.
kawan dia dtg juga lepas tu. neighbour cat
lutfi helps a lot in preparing the grave.
saying good bye
may she rest in peace.
Pada 6.15ptg hari ini 05/05/2007, warga Cork dan penghuni rumah 15, Wilton Road (rumah lama saya) telah menyaksikan pemergian seekor kucing yang banyak membawa makna pada para pelajar disini, Manja.
Manja telah pun melepaskan hembusannya terakhir setelah terlibat dengan insiden tragik bersama seekor anjing German Shepard (anjing yg polis selalu guna) milik seorang warganegara irish.

Din, salah seorang penghuni rumah 15, menjadi saksi pada kejadian tersebut. Manja telah dikejar seekor anjing di jalan hadapan rumah. Manja melarikan diri sekuat hati, namun telah dicengkam kejam oleh anjing tersebut. Anjing itu gigit pada perut manja lalu menghayun manja ke kiri kanan. Din hanya mampu menjerit serta menghentak hentak tingkap, tuan punya anjing juga menjerit memanggil anjingnya itu. Setelah seketika anjing itu melepaskan Manja yang telah longlai tiada nyawa ke tanah. Anjing serta tuannya lari menghilangkan diri.

Para penghuni 15 keluar melihat Manja. Jelas sekali Manja telah tiada. Perutnya perit menjadi bukti gigitan. Mulutnya berdarah merah. Lidahnya terjelir keluar. Matanya terbeliak, bagai terkejut apa yang terjadi. Ganas, Kejam, Tragik.

Secara peribadi, pemergian Manja memang satu kejutan buat saya. Mesej Yahoo Messenger dari Anep "Sudah dapat berita dari rumah no 15? rumah ko ade cangkul/shovel?" bagai dapat saya teka Manja. Lantas telefon Anep. Tipu lah kalau saya cakap saya tak menangis. Bohonglah kalau saya kata saya ok. Kemudian saya telefon terus rumah 15. Lutfi yang angkat. Keluar semua cerita tragis.. sedih.
Tak sangka Manja akan pergi seperti ini. Selalu ingat Manja akan pergi tenang, selesa, dan kenyang... tak sangka.. sampai macam ni skali... Manja dah hidup hampir 15 tahun..

Dalam 45min kemudian berlangsung majlis pengkebumian Manja. Saya, Anep, Fairuz, Din, Lutfi, Faiz, dan Zul ada disitu. Ada juga Ex-rumah 15 yang tak sempat datang. Kami tanam Manja di belakang rumah, kawasan rumput yang dia selalu main. Ada batu nisan, pohon kecik dan bunga atas kubur dia. Makanan dia masih banyak lagi. Fairuz taburkan beri kucing kawan Manja lain makan.

Manja was an extraordinary cat. A mascot for the students here in Cork. She has been a resident of 15 Wilton Court far longer than any of us. She was a melayu cat. Fluffy and lazy. She will be missed dearly. We'll miss her sounds when she wants to go out. Her mischievous acts around the house. Her boyfriends and cat friends. Her "gatal-gatal" main kaki with the guys.. We'll miss her..

(harap ini dapat menjelaskan kisah pemergian Manja pada sesiapa warga Cork yg tak dapat melihat Manja buat kali terakhir - especially Bahij, Hakim, Puden, Syukri, Azan dll)
Tahniah juga buat Bahij yg baru dapat baby girl.. Tahniah!

More Infos and pics of Manja in my previous Manja entries.
http://izad-iskandar.fotopages.com/?entry=596572&back=http://izad-iskandar.fotopages.com/



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net